3 pekerja industri burung walid warga Bangladesh positif Covid-19 – Ketua Polis Pahang

KUANTAN – Seramai tiga daripada 48 penumpang warga asing menaiki sebuah bas yang diiringi petugas kesihatan dan polis dilaporkan positif Covid-19.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan perkata itu berkata, lelaki itu adalah antara 48 warganegara Bangladesh yang bekerja di dalam industri burung walid.

Menurut Abd Jalil, tiga individu yang disahkan positif Covid-19 menjalani ujian saringan pada Rabu lalu manakala 45 orang lagi dibawa ke pusat kuarantin.

“Tiga lelaki kini berada dalam pemerhatian pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Seramai 45 orang akan di bawa ke pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu tular klip video berdurasi 1 minit 5 saat di laman Facebook milik Ana Mahana Ana Mahana mendakwa 45 pekerja warga Bangladesh dijangkiti Covid-19.

Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki dua buah bas yang diiringi kereta peronda polis.

Menurut Abd Jalil, kesemua pekerja itu tinggal di asrama di Kuantan. – MalaysiaGazette