3 pelantar ikan hangus dibakar lelaki kurang siuman

3 pelantar ikan hangus dibakar lelaki kurang siuman

am@hmetro.com.my

Manjung: Lelaki kurang siuman ditahan selepas disyaki melakukan khianat membakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, perbuatan suspek berusia 64 tahun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dia ditahan berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek membakar pelantar terbabit dengan menggunakan bahan bakar dipercayai petrol, sebelum cuba melarikan diri.

“Berdasarkan laporan dibuat pemilik pelantar, anggaran kerugian ditanggung adalah sebanyak RM470,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top