3 tahun cerai masih ingat butiran peribadi, wanita terkejut jumpa bekas suami di PPV

3 tahun cerai masih ingat butiran peribadi, wanita terkejut jumpa bekas suami di PPV

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat di negara kita, rakyat disyorkan mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin yang ditetapkan.

Di samping itu, ramai yang berkongsi kisah menarik di laman sosial berkenaan pangalaman mereka sewaktu menerima suntikan vaksin. Ada yang menyarung kostum dinosaur bahkan ada juga yang memakai kostum karakter Disney terkenal iaitu Donald Duck

Bagaimanapun, berbeza pula dengan ragam wanita bernama Alia Nur Shafira ini yang mana dia telah berkongsi kisah bertemu dengan bekas suaminya yang sudah lama terpisah sejak 3 tahun lalu.

Difahamkan lagi, bekas suaminya itu bertugas sebagai salah seorang sukarelawan di sebuah PPV yang terletak di Selangor.

“Perlukan ic tak ? Tak perlu, saya ingat semua tentang awak,” kata lelaki itu saat ditanya oleh bekas isteri.

Biarpun sudah bertahun tidak hidup sebumbung, lelaki itu masih mengingati segala maklumat peribadi bekas isterinya apabila dia membantu mengisi borang pengambilan vaksin di kaunternya.

Menurutnya, detik pertemuan tersebut dikongsi sekadar kenangan sahaja kerana kejadian itu sangat tidak disangka serta lucu.

Menjengah ke laman sosial Twitter, rata-rata netizen yang menyaksikan perkongsian terebut berasa sebak malah ada juga yang tertanya-tanya mengapa mereka berdua berpisah.

Sumber: Instagram Alia Nur Shafira, Twitter @Amrlamnnn

Scroll to Top