ISTANBUL – Pengawal Pantai Filipina berkata pada Jumaat, 30 mayat ditemukan daripada sebuah feri rentung di Palawan, barat negara itu awal minggu ini, manakala 54 orang masih hilang, lapor Anadolu Ajansi.
MV June Aster pada mulanya dilaporkan membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal ketika berlepas dari Manila ke Coron di Palawan sebelum terbakar malam Rabu.
Lima individu disahkan maut pada malam yang sama, manakala 43 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan.
Jumlah mangsa yang hilang dikemas kini daripada 86 kepada 84 selepas dua individu yang disenaraikan dalam senarai penumpang mengesahkan mereka tidak menaiki kapal itu. – Bernama/Anadolu