345 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran

345 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran
345 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran

Sekurang-kurangnya 345 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Februari

ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 345 pelajar dan guru terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran yang bermula pada 28 Februari, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Jumlah itu melibatkan 278 pelajar dan 67 guru, menurut penyiar milik kerajaan, IRIB, yang memetik Kementerian Pendidikan Iran.

Serangan itu turut mengakibatkan 196 pelajar dan 26 kakitangan pendidikan cedera, selain menyebabkan 933 sekolah, 54 kemudahan pentadbiran, 17 pusat kebudayaan, 36 dewan sukan dan lapan kem pelajar rosak atau musnah.

Sejak 28 Februari, lebih 3,300 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara AS-Israel ke atas Iran.

Teheran kemudian melancarkan serangan balas terhadap Israel, Iraq, Jordan dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS sebelum gencatan senjata selama dua minggu diumumkan pada Selasa.

Delegasi Iran dan AS menamatkan rundingan selama 21 jam di Islamabad, Pakistan, awal Ahad tanpa mencapai sebarang persetujuan.- Bernama 

Scroll to Top