5 Tahun Penubuhan – AIA Elite Academy terus komited tingkatkan profesionalisme ejen

5 Tahun Penubuhan – AIA Elite Academy terus komited tingkatkan profesionalisme ejen

Dalam era yang dicirikan oleh perkembangan dan perubahan kehendak pelanggan, peranan ejen insurans berubah daripada amalan tradisional kepada pendekatan dinamik serta analitikal.

Pelanggan kini mahukan ejen insurans yang berpengetahuan, profesional dan amanah.

Pada 2018, AIA Malaysia memperkenalkan AIA Elite Academy (AEA), sebuah program pembangunan dan kemasukan bakat eksklusif yang bertujuan melahirkan generasi Perancang Hayat (ejen) berprestasi tinggi, di samping meningkatkan profesionalisme tenaga agensi.

Ditawarkan kepada Perancang Hayat yang layak, silibus AEA sesuai dengan trend industri yang sentiasa berubah.

Program inovatif dan peneraju industri ini menawarkan latihan dalam kelas terbaik, alatan serta kemahiran diperlukan untuk cemerlang dalam kerjaya ini.

Selain menyediakan bimbingan khusus dan sokongan pementoran serta insentif, mereka juga didedahkan kepada komuniti yang memupuk semangat kerjasama, sikap profesionalisme tinggi dan bermatlamatkan kesejahteraan hidup agar dapat membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

Elite Academy Centre menampilkan pusat pembangunan bakatserta pusat perniagaan agensi utama, eksklusif untuk aktiviti agensi-agensi berprestasi tinggi AIA. – FOTO AIA

Terkini, AIA melancarkan pusat latihan agensi terbaharunya, Elite Academy Centre di AIA Sentral, Kuala Lumpur.

Pusat ini menampilkan pusat pembangunan bakat serta pusat perniagaan agensi utama, eksklusif untuk aktiviti agensi berprestasi tinggi AIA.

Ini membuktikan bahawa AIA Malaysia menerusi AEA, komited memperkasa Perancang Hayat serta rangkaian agensinya untuk terus berkembang secara profesional, meningkatkan tahap produktiviti di samping melatih mereka menjadi usahawan berjaya.

Program AEA menjadi pilihan utama bakat muda dan profesional yang mahukan kejayaan jangka panjang dalam kerjaya yang memberi ganjaran lumayan serta bermakna.

Lima tahun memperkasa juara

Memahami bahawa setiap individu mempunyai aspirasi dan latar belakang unik, AEA sudah jauh berkembang sejak penubuhannya dengan menyediakan rangkaian program untuk memenuhi laluan kerjaya yang boleh dipertimbangkan oleh setiap Perancang Hayat mengikut kesesuaian mereka.

Elite Lite adalah program fleksibel, sesuai bagi mereka yang ingin menceburi bidang insurans, tetapi masih tidak yakin meninggalkan kerjaya sedia ada.

Elite Pro pula adalah program selama 18 bulan yang menyediakan segala keperluan pembelajaran berasas teknologi terkini dalam industri, serta memberikan bimbingan mentor yang efektif kepada Perancang Hayat baharu yang ingin menjadikan bidang ini sebagai kerjaya utama.

Sementara, Elite Premier Leader direka khas untuk membina generasi pemimpin, iaitu individu bercita-cita tinggi yang boleh memimpin pasukan Elite berprestasi tinggi.

Program 24 bulan ini memberi tumpuan kepada membina pasukan, kemahiran kepemimpinan dan latihan pengurusan.

Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Malaysia, Leong Chee Soong, berkata beliau berbangga dengan pencapaian program terbabit sejak diperkenalkan lima tahun lalu.

“Saya yakin AEA akan terus menjadi program pengambilan terkemuka di negara ini yang mampu memberikan bimbingan dan sokongan menyeluruh kepada Perancang Hayat untuk merealisasikan impian dan matlamat mereka dalam kerjaya ini,” katanya

AEA juga memacu Perancang Hayat AIA untuk mencapai standard kecemerlangan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Keberkesanan program AEA terbukti apabila ratusan Perancang Hayat Elite AIA menjadi  ahli Million Dollar Round Table (MDRT) hanya dalam tahun pertama berkecimpung dalam industri ini.

“AIA adalah satu-satunya syarikat insurans di Malaysia yang merekodkan jumlah ahli MDRT

tertinggi selama tujuh tahun dan tersenarai sebagai 21 syarikat teratas pada peringkat dunia,” kata Chee Soong.

Menurutnya lagi, pencapaian ini adalah titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan dan AEA akan terus melangkah maju dan berdaya saing dalam melahirkan generasi Perancang Hayat yang profesional, berkualiti serta bermotivasi tinggi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AIA Elite Academy (AEA) atau di laman media sosial Facebook, Instagram, Youtube dan  LinkedIn .

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top