Solekan dan wanita adalah sahabat karib yang sukar untuk dipisahkan! Namun, adakah hijabi cakna bahawa produk solekan dan penjagaan kulit yang sering anda gunakan ini juga mempunyai tarikh luput (Expired Date) atau tarikh guna sebelum (Best Before).
Ini demikian kerana, tarikh luput produk kecantikkan amat berbeza dengan makanan di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, atau boleh menghidumakanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.
Hal ini amatlah berbeza dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana setiap produk tersebut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa yang disyorkan jangkamasa sesuai penggunanya pada setiap bungkusan. Haa.. jangan main bedal je guna sis! Buruk padahnya nanti.
“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”
“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”
Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.
Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.
Cara Hijabi Pastikan Produk Telah Tamat Tempoh?
Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.
Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.
Artikel Berkaitan: Mahukan Solekan Yang Padu Dan Mampan? Kenali Jenis Berus Dulu Sis! Baru Solekan ‘On Point’
Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?
Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.
Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.
Anggaran Jangka Hayat Solekan ‘Favourite’ Hijabi
Maskara: 3 bulan
Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun
Gincu: 1 hingga 2 tahun
Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)
Celak krim atau gel: 2 hingga 3 bulan
Pembayang mata: 1 hingga 2 tahun
Pemerah pipi: 1 hingga 2 tahun
Pelembap: 6 bulan hingga 1 tahun
Krim mata: 6 bulan hingga 1 tahun
Serum Vitamin C: 3 hingga 6 bulan
Artikel Berkaitan: Solekan ‘Cacat’ Jika Salah Pilih Warna Gincu? Ini Cara Pilih Ikut Tona Kulit, ‘Confirm’ Naik Seri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini