60,000 Tiket Konsert Siti Nurhaliza Hampir Sold-Out.. 5 Kategori Licin, Hanya Berbaki 3 Kategori Sahaja Selling Fast!

60,000 Tiket Konsert Siti Nurhaliza Hampir Sold-Out.. 5 Kategori Licin, Hanya Berbaki 3 Kategori Sahaja Selling Fast!

Tiga dekad dalam industri hiburan, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan keunggulannya apabila tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir habis diburu peminat dalam masa singkat.

Konsert mega ini dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ia menjadi kemuncak sambutan 30 tahun perjalanan seninya.

Setakat ini, kategori tiket Super VIP, Diamond, Silver, Bronze dan Restricted View sudah pun habis dijual, manakala kategori VIP, Platinum dan Gold turut dilaporkan semakin pantas menyusut.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Siti memuat naik poster “Almost Sold Out” dengan kapsyen ringkas penuh penghargaan.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua dengan mendapatkan tiket #legacy30sitinurhaliza. Saya sangat menghargainya. Ada beberapa kategori tiket masih ada, jangan lupa dapatkannya nanti,” tulis Siti.

Penganjuran konsert berskala besar ini bukan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya untuk memberikan pengalaman yang selesa, epik dan penuh makna kepada kira-kira 60,000 penonton di stadium ikonik tersebut.

Tiket konsert Legacy 30 ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM1,599 menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.

Konsert ini dijangka menjadi persembahan bersejarah Siti Nurhaliza dalam dekad ini, sekali gus menandakan rasa syukur serta dedikasinya kepada para peminat yang setia menyokong sepanjang tiga dekad perjalanan kariernya.

Scroll to Top