7 cedera, bas terbalik berhampiran Plaza Tol Duta

7 cedera, bas terbalik berhampiran Plaza Tol Duta

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tujuh terselamat selepas bas dinaiki terbalik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), berhampiran Plaza Tol Duta menghala Kuala Lumpur, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 6.17 pagi.

Komander Operasi JBPM Mohamad Yusri Aziz berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjalara dengan kekuatan empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan membabitkan seorang pemandu dan enam penumpang lelaki dewasa. Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top