73 peratus pengguna terjejas terima bekalan air

73 peratus pengguna terjejas terima bekalan air

bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Lapan daripada 31 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, di sini sudah mencapai tahap pemulihan sepenuhnya sehingga jam 6 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata 73 peratus akaun pengguna yang terjejas sudah menerima bekalan air di tiga wilayah iaitu Petaling, Klang dan Shah Alam.

“Setakat ini, Petaling sudah pulih 100 peratus, namun Klang mencapai 21 peratus, manakala Shah Alam masih berada pada tahap 0 peratus.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata, Air Selangor berharap pengguna yang sudah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat.

“Ini bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat

Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top