9 maut, 26 cedera dalam letupan kilang mercun di China

9 maut, 26 cedera dalam letupan kilang mercun di China
Letupan kilang mercun ini berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan. Foto Agensi

Letupan kilang mercun ini berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan. Foto Agensi

CHANGSHA – Seramai sembilan orang disahkan maut manakala 26 lagi cedera susulan kejadian letupan di sebuah kilang mercun pada pagi Isnin di China, lapor Xinhua yang memetik kenyataan ibu pejabat operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Letupan itu berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan.

Misi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala satu pasukan siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top