Kasih bapa, sanggup tunggu setiap hari depan ‘office’ anak untuk makan sama2

Kasih bapa, sanggup tunggu setiap hari depan ‘office’ anak untuk makan sama2

Kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak. Kadangkala perbuatan kecil yang dilakukan bapa kita sangat menunjukan betapa sayangnya pada anak-anak walaupun tidak diluahkan menerusi kata.

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Wahida apabila memuat naik video bapanya yang setia menunggu waktu makan tenghari di hadapan tempat kerja untuk makan bersama-sama dengannya.

 

@triplea201911

hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Menurut wanita itu, bapanya melakukan hal tersebut hampir setia hari dan mereka akan makan di kedai makan berhampiran sambil berbual-bual sehingga waktu makan rehatnya habis.

Dalam pada itu ramai yang tertarik dengan satu lagi video yang dimuat naik oleh Wahida apabila menjelaskan mengapa bapanya terkejut ketika menemuinya.

@triplea201911

Reply to @najihahhehe sy belanja video ori🤣🤣🤣sy sergah sbb tu dia terkejut

♬ original sound – Wahida – Wahida

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terhari melihat kesetian seorang bapa yang tetap menanti anaknya untuk makan bersama-sama.

Mereka juga turut mengakui tersenyum melihat reaksi comel bapa kepada pengguna TikTok berkenaan yang berjaya dirakam ketika terkejut disergah oleh anaknya.

 

Sumber: TikTok @triplea201911

Scroll to Top