Bencana banjir di sesetengah kawasan mengakibatkan ramai yang mengalami kerugian harta benda. Hal ini mengakibatkan ramai juga yang terkandas dan perlu menangguhkan mana-mana perancangan untuk ke sesuatu destinasi demi menguruskan hal kediaman yang perlu dikemaskan pasca banjir.
Disebabkan itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @anisaazman, dia telah memuat naik momen pensyarahnya yang menunggu di pintu dewan konvokesyen memandangkan keluarganya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana terkandas akibat banjir.
Pensyarah wanita itu dilihat memeluk @anizazman dan mengucapkan tahniah sehingga membuatkan ramai warganet yang menonton video tersebut berasa sebak.
@anisazman_ Banyak kali ckp tahniah masa hugs , banyak kali ws nanti dh nk keluar bgitahu dr ganti your family 😭 #fypp#family #usm
Menurutnya lagi, sebelum habis majlis konvokesyen tersebut pensyarahnya kerap kali menghubungi menerusi aplikasi WhatsApp dengan bertanya bila para pelajar akan keluar kerana dia ingin meraikan bersama pelajarnya bagi menggantikan keluarga yang tidak dapat hadir.
Dapat dilihat mereka saling berpelukan dan pelajar itu kelihatan sebak melihat ada seseorang yang menantinya di luar dewan konvokesyen berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terharu melihat kebaikan pensyarah berkenaan yang sangat memahami perasaan pelajarnya.
Ada juga yang berkongsi cerita pernah mengalami situasi sama apabila ahli keluarga tidak datang sewaktu hari istimewa dan hanya meraikan bersama teman-teman rapat sahaja.






Sumber: TikTok @anisazman_



