Belum aksi terbaik kami – Mbappe

Barcelona: Kylian Mbappe percaya Paris Saint-Germain masih belum mencapai kemuncak prestasi mereka selepas hatriknya membantu mereka menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou.

“Kami amat berpuas hati. Ia adalah perlawanan yang amat penting buat kami.
“Kami mahu datang ke sini dan menang, dan kami lakukannya dengan penuh gaya,” kata Mbappe selepas membantu PSG bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan.

Kemenangan itu diraih tanpa bintang utama PSG Neymar dan Angel Di Maria yang cedera, dengan Barcelona terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Lionel Messi.
Selain Mbappe, Moise Kean turut menemui sasaran dalam kemenangan kelab Perancis itu.

Mbappe adalah pemain pelawat kedua yang meledak hatrik ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou selepas Andriy Schevchenko untuk Dynamo Kiev pada tahun 1997.
Kekalahan 4-0 kepada kelab Ukraine itu di peringkat kumpulan adalah kali terakhir Barca dibolosi empat gol di laman sendiri dalam saingan Eropah.

Barca akan bertandang ke Paris untuk aksi timbal balik pada 10 Mac nanti. – AFP

Malay News
Sports Desk

 

Scroll to Top