Kuala Lumpur : Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob meminta pihak pengurusan sebuah kondominium menarik balik kompaun yang dikeluarkan terhadap seorang bayi berusia setahun kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif.
Kejadian itu didakwa berlaku di Ampang baru-baru ini apabila pihak pengurusan kondominium berkenaan mengeluarkan saman sebanyak RM100 terhadap bayi berkenaan.
Turut tular di media sosial adalah surat saman yang dikeluarkan pihak pengurusan kondominium terbabit yang menyatakan bayi tersebut melanggar peraturan kondominium.
Ismail berkata, kompaun terhadap bayi berkenaan bukan sahaja tidak munasabah, malah pihak pengurusan kondominium itu sendiri tidak berhak mengeluarkan denda seumpama itu kepada penghuninya.
Dia menegaskan tindakan mengeluarkan kompaun seumpama itu adalah di bawah kuasa Kementerian Kesihatan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Selain kementerian itu, katanya, hanya pihak polis diberikan kuasa mengeluarkan kompaun.
“Setakat hari ni, kita tak beri kuasa kepada pengurusan kondo dan apartmen atau pejabat untuk ambil tindakan. Dari segi kuasa, ia tidak ada.
Sumber- Malaysiakini
Malay News
Social Media Updates



