Kuala Lumpur: Dua Ahli Parlimen PKR masing-masing mewakili Tebrau, Johor dan Julau Sarawak mengumumkan keluar parti itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.
Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin di laman Facebook selepas menerima akuan bersumpah daripada Steven Choong yang juga Ketua Cabang PKR Tebrau dan Larry Sng (Julau).
“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.
“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” kata Muhyiddin.
Malay News
National desk



