Satu babak lakonan Siti Saleha dan Shah Iskandar sebagai suami isteri dalam drama bersiri terbaharu berjudul ‘Love In Lockdown’ mengundang kecaman warganet di laman Twitter.
Difahamkan, tayangan perdana drama arahan Mai Fernandez itu disiarkan menerusi sebuah platform penstriman sebelum sedutan pendek dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter, @dauspozi.
Menerusi babak tersebut, Siti Saleha yang membawa watak petugas barisan hadapan sebagai Dr Suzanna dikatakan sudah enam minggu tidak bertemu dengan suaminya Nizam.
Pengorbanan frontliner. 😭 pic.twitter.com/ClkjKo1VZT
— FÈRD (@dauspozi) February 16, 2022
Setelah berpelukan melepaskan rindu, Dr Suzanna seolah-olah kecewa apabila suami hanya bertanya sekiranya mereka mahu keluar makan bersama.
Dr Suzanna berkata, dia hanya mempunyai waktu rehat selama sejam sebelum suaminya menyoal semula apa yang boleh dilakukan dalam tempoh berkenaan.
Selepas itu, muncul babak ‘kontroversi’ tersebut yang memaparkan kedua-duanya di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta sambil membetulkan persalinan masing-masing.
Sedutan pendek itu diulang kicau sebanyak 548 kali selain dipenuhi komen warganet yang menyifatkan babak lucah terbabit tidak patut ditayangkan kepada umum.




Selain kedua-dua pelakon berkenaan, drama arahan Mai Fernandez itu turut dibintangi oleh Julia Farhana, Bella Rahim, Sara Mac dan ramai lagi.
Sumber: Twitter @dauspozi




