bhnews@bh.com.my
PASIR GUDANG: Dua pekerja lelaki tempatan melecur dalam kebakaran di kilang memproses getah tiruan Bhd di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 5.16 petang itu.
Bagaimanapun, katanya, dua pekerja syarikat berkenaan melecur di tangan.
Katanya, seorang pekerja patah kaki kiri selepas terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas terdengar letupan.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dua tangki simen di syarikat itu yang meletup.
Mohd Sohaimi berkata, ia mengakibatkan kerosakan pada tangki simen yang memproses getah tiruan.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama pasukan bantuan kecemasan kilang itu berjaya memadam kebakaran pada 8.30 malam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




