Presiden Zelensky kata Ukraine 'dibiar sendiri' lawan Russia

Presiden Zelensky kata Ukraine 'dibiar sendiri' lawan Russia

KYIV: Presiden Ukraine berkata negaranya ditinggalkan sendirian untuk melawan Russia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar-besaran yang membunuh 130 rakyat Ukraine pada hari pertama.

“Kami ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negara kami,” kata Volodymyr Zelensky dalam ucapan video kepada rakyatnya pada awal pagi.

“Siapa yang bersedia untuk berjuang bersama kita? Saya tidak nampak sesiapa. Siapa yang bersedia untuk memberi Ukraine jaminan keahlian NATO? Semua orang takut,” katanya.

Zelensky berkata 137 warga Ukraine membabitkan anggota tentera dan orang awam terbunuh sejak permulaan serangan awal Khamis, manakala 316 lagi cedera.

Zelensky berkata ‘kumpulan sabotaj’ Russia memasuki ibu kota Kyiv dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berkurung.

Mengulas lanjut Presiden berkata, beliau dan keluarganya kekal di Ukraine walaupun Russia mengenal pasti beliau sebagai sasaran nombor satu.

“Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara,” kata Zelensky.

President Zelensky says Ukraine ‘left alone’ to fight Russia

Kyiv, Feb 24, 2022 (AFP) –

Ukraine’s president said Friday his country had been left on its own to fight Russia after the Kremlin launched a large-scale invasion that killed 130 Ukrainians in the first day.

“We have been left alone to defend our state,” Volodymyr Zelensky said in a video address to the nation after midnight.

“Who is ready to fight alongside us? I don’t see anyone. Who is ready to give Ukraine a guarantee of NATO membership? Everyone is afraid,” he added.

Zelensky said that 137 Ukrainians, both military personnel and civilians, had been killed since the start of the attack early Thursday.

Another 316 had been wounded, he said.

Zelensky also said that Russian “sabotage groups” had entered the capital Kyiv, and urged the city’s citizens to remain vigilant and observe a curfew.

The president added that he and his family remained in Ukraine, despite Russia identifying him as “target number one.”

“They want to destroy Ukraine politically by taking down the head of state,” Zelensky said.

acl/md/ah

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top