Bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak meluahkan rasa syukur di atas nikmat yang dikunriakan Allah.
Menerusi perkongsian di Threads, Zaquan berkata rezeki bukan hanya datang dalam bentuk kemewahan dunia, tetapi ketengangan dan momen bersama keluarga juga satu rezeki.
BACA: “Cukup Dah Tujuh Ni” – Ayu Raudhah Nafi Hamil Anak Kelapan

“Rezeki itu bukan sekadar duit dan kemewahan dunia… ada rezeki yang hadir dalam bentuk masa, ketenangan dan momen bersama anak-anak,” tulisnya.
Kata Zaquan lagi, masa bersama anak-anak adalah momen paling berharga dan dia bersyukur di atas segala yang dipinjamkan oleh Allah.
“Gelak tawa mereka, pelukan kecil mereka, itulah nikmat yang paling mahal dan tidak ternilai harganya. Alhamdulillah, syukur atas setiap nikmat yang Allah pinjamkan dalam hidup ini,” katanya.




