LATEST

Yuna tak pernah terlintas berhenti buat lagu

Yuna tak pernah terlintas berhenti buat lagu

puterialia@hmetro.com.my

Baca juga: PM Anwar galas sementara tugas Menteri Pengangkutan, status Anthony Loke masih bercuti!

Kuala Lumpur: Sepanjang dua dekad bergelar anak seni, penyanyi, Yuna, tidak pernah terlintas untuk berhenti sepenuhnya daripada berkarya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 40, mengakui pernah berehat seketika daripada dunia muzik apabila rutin di Amerika Syarikat (US) menuntut setiap pelancaran album disusuli dengan siri jelajah yang agak memenatkan.

“Berhenti itu tak adalah. Mungkin berehat seketika, saya rasa itu penting. Untuk bahagian (jelajah) itu mungkin saya sudah berhenti.

“Tetapi kalau ada peluang untuk membuat jelajah dan buat persembahan yang tidak terlalu memenatkan, mungkin saya akan pertimbangkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Kata pelantun Terukir Di Bintang ini, dia yakin mampu mengimbangi antara karier dan kehidupan peribadi selain mempunyai hasrat untuk membina keluarga jika dikurniakan rezeki.

“Tetapi saya tidak rasa akan berhenti buat muzik. Sekarang, saya rasa seronok apabila ada kawan-kawan yang boleh kolaborasi untuk hasilkan lagu sama-sama.

“Sudah tentu saya boleh lakukan kedua-duanya. Kalau ada peluang, ada rezeki, ya saya teringin nak bina keluarga tetapi saya rasa muzik hanyalah sebahagian daripada diri saya.

“Tujuan hidup saya adalah untuk buat muzik, menulis dan berkarya. Bukan sekadar buat muzik tetapi sebenarnya (untuk) menghasilkan sesuatu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news