LATEST
National

Terkini! Mahkamah Keluarkan ‘Gag Order’ Kes Mohd Shuhaily

Terkini! Mahkamah Keluarkan ‘Gag Order’ Kes Mohd Shuhaily

Intipati Berita

  • Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) terhadap pihak yang terlibat dalam kes Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Perintah itu meliputi barisan peguam tertuduh, pihak pendakwaan serta peguam pemerhati yang mewakili dua anggota polis terbabit.
  • Permohonan dibuat pihak pembelaan dan tidak dibantah pihak pendakwaan.
  • Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Disember ini.

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah larangan bersuara atau gag order terhadap pihak yang terlibat dalam kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Baca juga: Laluan pendakian Gunung Kinabalu dari Kiau dilancar Januari ini

Menurut laporan mStar, Mohd Shuhaily berdepan dua pertuduhan mencederakan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Siapa yang tak boleh bersuara?

Perintah itu melarang pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan berkaitan kes, termasuk peguam pemerhati yang mewakili dua anggota polis terbabit, barisan peguam tertuduh dan pihak pendakwaan.

Majistret Khairatul Animah Jelani membenarkan permohonan pihak pembelaan itu ketika sebutan semula kes hari ini, selepas mendengar hujahan serta meneliti afidavit dan ekshibit yang dikemukakan. Pihak pendakwaan pula tidak membantah permohonan tersebut.

Maka mahkamah memerintahkan perintah halangan ataupun gag order dikeluarkan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja sepertimana yang dinyatakan dalam notis usul.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Baca Juga: Terhalang Akta Had Masa, Bekas Polis Tak Jadi Saman Mohd Shuhaily

Apa pertuduhan terhadap Mohd Shuhaily?

Shuhaily

Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA antara pukul 1.27 hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau diwakili barisan lapan peguam termasuk Datuk Rosal Azimin Ahmad dan Muhammad Rafique Rashid Ali, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail.

Kedua-dua anggota polis sebelum ini mendakwa mereka dikasari secara fizikal oleh Mohd Shuhaily dalam kejadian itu. Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu kemudian tular di media sosial.

Susulan itu, Mohd Shuhaily tampil menjelaskan kejadian berlaku ketika beliau bersama pasukan menjalankan pemeriksaan kesiapsiagaan operasi sempena acara Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026 di KLIA.

Apa maksudnya untuk anda?

Gag order bertujuan memastikan perbicaraan berjalan adil tanpa dipengaruhi kenyataan di luar mahkamah. Sebagai pembaca, elakkan membuat kesimpulan sendiri atau menyebarkan spekulasi tentang kes ini sementara proses mahkamah masih berjalan.

The post Terkini! Mahkamah Keluarkan ‘Gag Order’ Kes Mohd Shuhaily appeared first on Oh! Media.

More in National

View all

Latest news