LATEST
National

Konvoi “JAECOO J5 EV Takeover” Bakal Gegar Lembah Klang, Perak & Pulau Pinang! Ada ‘Coffee Rave’,Peraduan Snap & Win Serta Pandu Uji!

Konvoi “JAECOO J5 EV Takeover” Bakal Gegar Lembah Klang, Perak & Pulau Pinang! Ada ‘Coffee Rave’,Peraduan Snap & Win Serta Pandu Uji!

Korang yang tengah mengintai kereta elektrik (EV) pertama atau memang gemar mengikuti perkembangan automotif gaya hidup moden, ada berita paling gempak untuk korang! OMODA & JAECOO Malaysia secara rasminya membawakan siri jelajah JAECOO J5 EV Takeover yang bakal menggegarkan tiga wilayah utama di Semenanjung Malaysia iaitu Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang bermula 24 November hingga 13 Disember 2026 ini.

Selama tiga minggu berturut-turut, kempen berskala besar ini direka khas untuk membawa SUV elektrik serba baharu ini lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Berbeza daripada pameran kereta tradisional yang kaku, jelajah ini menggabungkan keterujaan konvoi jalanan pada hari bekerja serta acara pop-up hujung minggu yang penuh dengan aktiviti santai, hiburan muzik dan pengalaman gaya hidup interaktif untuk seisi keluarga.

Baca juga: Sedekah Dalam Islam: Amalan Kecil Yang Besar Ganjarannya

Konvoi Luar Biasa Dengan Plug Pengecas Gergasi & Cabaran ‘Snap & Win’

Konvoi Jaecoo ni bukan konvoi biasa-biasa yang selalu korang nampak dekat ebuh raya, jelajah JAECOO J5 EV Takeover ini menampilkan barisan empat buah jentera JAECOO J5 EV yang akan merentasi kawasan tumpuan ramai, mercu tanda ikonik bandar serta lokasi pengedar terpilih. 

Apa yang pasti membuatkan orang ramai menoleh dua kali sudah semestinya kereta pendahulu dalam konvoi tersebut yang dilengkapi dengan instalasi plug pengecas EV bersaiz gergasi di atas bumbung.Rekaan unik ini menjadikannya cukup ikonik dan mudah untuk dikesan dari jauh di tengah kesibukan lalu lintas.

Buat korang yang terserempak dengan konvoi ini di mana-mana jalan raya sekitar Lembah Klang, Ipoh mahupun Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Snap & Win.

Caranya nak menang Snap & Win Jaecoo.

Langkah 1: Rakam gambar atau video konvoi JAECOO J5 EV dengan gaya paling kreatif
Langkah 2: Muat naik ke akaun media sosial anda berserta tanda pagar rasmi #J5EVTakeover untuk berpeluang membawa pulang hadiah menarik

Tanda Kalendar Korang: Jadual Jelajah & Lokasi ‘Weekend Pop-Up’

28 Nov – 29 Nov: The Campus, Ampang

5 Dec – 6 Dec: Hugh’s, Ipoh

12 Dec – 13 Dec: Hin Bus Depot, Penang

Kemeriahan kempen pada hari biasa akan diteruskan dengan skala yang lebih meriah pada setiap hujung minggu menerusi acara pop-up eksklusif di lokasi-lokasi gaya hidup paling popular. Siri jelajah ini bakal membuka tirainya di Lembah Klang menerusi aktiviti konvoi bermula 24 hingga 27 November, sebelum singgah memeriahkan The Campus, Ampang untuk acara Weekend Pop-Up pada 28 dan 29 November 2026.

Memasuki minggu kedua, konvoi JAECOO J5 EV akan bergerak menuju ke utara untuk menawan negeri Perak,khususnya di sekitar bandar raya Ipoh bermula 1 hingga 4 Disember. Orang ramai di Ipoh dan kawasan sekitarnya boleh turut serta dalam kemeriahan Weekend Pop-Up yang bakal berlangsung di Hugh’s Ipoh pada 5 dan 6 Disember 2026.

Destinasi kemuncak pula bakal menggegarkan Pulau Pinang dan wilayah Utara dengan siri konvoi jalanan dari 8 hingga 11 Disember, diikuti acara penutup Weekend Pop-Up penuh gaya di lokasi seni dan gaya hidup terkenal, Hin Bus Depot, Pulau Pinang pada 12 dan 13 Disember 2026. (Sebagai makluman, semua lokasi acara dan laluan konvoi ini adalah tertakluk kepada pengesahan akhir).

Layan ‘Coffee Rave’, Permainan Interaktif & Pandu Uji Eksklusif

Pengunjung yang hadir ke lokasi Weekend Pop-Up nanti bukan sekadar dapat menatap rekaan luaran dan kemasan kabin SUV elektrik ini dari dekat, malah berpeluang merasai sendiri kuasa pecutan, kesenyapan kabin serta kelancaran pemanduannya menerusi sesi pandu uji JAECOO J5 EV yang dibuka kepada orang ramai. Ini merupakan peluang terbaik buat bakal pembeli untuk menguji sendiri teknologi pintar yang ditawarkan sebelum membuat keputusan.

Sambil bersantai menghabiskan masa hujung minggu, suasana di tapak acara pasti hidup dengan penganjuran Coffee Rave. Bayangkan korang menikmati secawan kopi segar sambil melayan alunan muzik bertenaga secara langsung daripada DJ jemputan dalam suasana santai bersama rakan-rakan. Bagi pengunjung yang datang bersama keluarga atau mahu menguji ketangkasan diri, pelbagai permainan interaktif turut disediakan seperti JAECOO Giant Jenga yang mendebarkan serta cabaran minda Fix the Frunk Puzzle yang menawarkan cenderamata eksklusif untuk dimenangi.

Apa Yang Menarik Tentang JAECOO J5 EV?

Sebagai sebuah SUV elektrik sepenuhnya yang direka khusus untuk memenuhi tuntutan gaya hidup generasi masa kini, JAECOO J5 EV hadir dengan pelbagai kelebihan yang menjadikannya cukup praktikal untuk kegunaan harian mahupun aktiviti santai hujung minggu:

Jarak Pemanduan 461 km & Pengecasan Pantas DC 130 kW

Dengan keupayaan jarak pemanduan sehingga 461 km bagi setiap cas penuh serta sokongan pengecasan pantas DC 130 kW, ia memberikan keyakinan penuh kepada pemandu sama ada untuk meredah kesesakan harian di kota mahupun merancang perjalanan rentas negeri tanpa perlu risau tentang kekerapan mengecas.

Teknologi V2L 3.3 kW & Mod Perkhemahan (Camping Mode)

JAECOO J5 EV bukan sekadar kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, malah ia berfungsi sebagai teman pengembaraan hujung minggu. Menerusi teknologi V2L (Vehicle-to-Load) 3.3 kW dan Mod Perkhemahan (Camping Mode), pemilik boleh menggunakan bateri kereta sebagai sumber kuasa elektrik mudah alih untuk menghidupkan lampu, mesin kopi, atau peralatan perkhemahan ketika bercuti di kawasan alam semula jadi.

Kabin Mesra Haiwan Peliharaan Dengan Pensijilan TÜV & Smart Pet Mode

Bagi pencinta haiwan peliharaan pula, JAECOO J5 EV membawa standard keselesaan ke tahap baharu apabila dilengkapi dengan material tempat duduk yang mendapat pensijilan TÜV mesra haiwan peliharaan, menjadikannya tahan lasak terhadap cakaran serta mudah dibersihkan. Ditambah pula dengan ciri pintar Smart Pet Mode, suhu dan pengudaraan di dalam kabin akan kekal terkawal secara automatik bagi memastikan si bulus kesayangan korang sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat sepanjang perjalanan.

Disokong Oleh JomCharge Selaku Rakan Pengecas Rasmi

Bagi menyokong ekosistem mobiliti elektrik yang lancar sepanjang siri jelajah ini berlangsung, kempen JAECOO J5 EV Takeover turut mendapat sokongan JomCharge selaku Rakan Pengecas Rasmi (Official Charging Partner). Kerjasama strategik ini sekali gus memperkukuh keyakinan pengguna terhadap kemudahan dan akses rangkaian pengecasan EV yang semakin meluas di seluruh Malaysia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa bersama JAECOO J5 EV Takeover! Pastikan korang spot konvoi mereka di jalan raya, rakam detik terbaik korang untuk peraduan Snap & Win, dan singgah ke acara pop-up hujung minggu berdekatan untuk mengalami sendiri kehebatan JAECOO J5 EV secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, jadual laluan terkini dan perkembangan sepanjang kempen, pastikan korang ikuti laman web rasmi serta saluran media sosial OMODA & JAECOO Malaysia sekarang!

The post Konvoi “JAECOO J5 EV Takeover” Bakal Gegar Lembah Klang, Perak & Pulau Pinang! Ada ‘Coffee Rave’,Peraduan Snap & Win Serta Pandu Uji! appeared first on Oh! Media.

More in National

View all

Latest news