yusri.muzamir@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Seramai 19 kontraktor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada Jabatan Pendidikan Sabah.
Sumber berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Katanya, penyata bank palsu bernilai kira-kira RM49 juta itu dikemukakan sebagai dorongan untuk memasuki tender beberapa sekolah di seluruh Sabah.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Berita lanjut menyusul..
© New Straits Times Press (M) Bhd




