Teman lelaki habis SPM, gadis teruja jemput dari sekolah siap beri bunga

Teman lelaki habis SPM, gadis teruja jemput dari sekolah siap beri bunga

Adat untuk pasangan menjalin hubungan, usaha bagi melakukan kejutan istimewa perlu ada dalam diri supaya si dia rasa dihargai sekali gus membuatkan masing-masing terus bahagia tanpa perasaan kecewa.

Situasi seperti itu dilakukan oleh seorang gadis, Fathini Safwan apabila menjemput teman lelakinya yang selesai menjawab kertas akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah.

@fathinot

i have been planning to do this for weeks🤭

♬ Up – Movie Theme – Giampaolo Pasquile

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Fathini atau mesra dipanggil Fath turut dilihat menghadiahkan sejambak bunga kepada teman lelaki yang dikenali sebagai Naufal Danial itu.

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, dia telah merancang bagi melakukan kejutan tersebut sejak beberapa minggu lalu sebelum berjaya membuatkan orang tersayang tidak lekang melemparkan senyuman.

“So proud of you. Can’t wait to hang out all the time (Sangat berbangga dengan awak. Tidak sabar untuk keluar bersama sepanjang masa),” tulis Fathini dalam video berdurasi 14 saat itu.

Video berkenaan meraih hampir 255,000 tontonan dan 392 komen netizen yang rata-rata memuji kecomelan Fathini dan teman lelaki sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen agak keliru dengan bertanya sekiranya Naufal adalah adik kepada gadis tersebut.

Sumber: TikTok @fathinot

Scroll to Top