Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang pengguna yang dikatakan seorang pelajar universiti tempatan memuat naik ciapan berdepan detik cemas yang tidak disangka selama ini.
Melalui ciapan tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Arep memaklumkan kipas di dalam bilik asrama itu terbakar. Namun begitu, dia meluahkan kesyukuran kerana bernasib baik pada ketika itu terdapat penghuni di dalam bilik tersebut.
Pada masa yang sama, Arep meluahkan kekecewaan kerana dia sudah membuat aduan tersebut sebanyak dua kali, tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan asrama.
Pun begitu, dia meluahkan kesyukuran kerana sekumpulan anggota bomba tangga menangani situasi tersebut dan dilaporan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Meskipun situasi tersebut berjaya diatasi, dia tetap berasa kesal dan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan asrama tersebut.
Arep dilihat mempersoalkan peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan terbabit dan meluahkan rasa berang.
“Apabila bomba datang disebabkan berlakunya kebakaran, baru nak gelabah?
“Nak tuggu pelajar mati terlebih dulu ke baru nak ambil tindakan?”
Dah complaint 2 kali still tak betul kan. Sampai terbakar, bomba datang baru nak gelabah? Nk tggu student mati baru nak take action? Kipas terbakar betul2 ats katil/tilam. Kalau orang takda dlm bilik, satu building terbakar. Kira ok la? @UniversitiMalay @KemPelajaran @RadziJidin pic.twitter.com/ZzqhDa2myn
— Arep (@ArepAshari) May 12, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap sesetengah pihak pengurusan universiti yang tidak mengendahkan kebajikan pelajar mereka.
Disaat ramai memberi pandangan mengenai sistem pengurusan daripada pihak asrama berkenaan, terdapat beberapa pengguna menegur Arep dengan mengatakan dia tersalah petik nama menteri yang bertanggungjawab dalam kes seperti itu.
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 26.5K tontonan, 2.9K tanda suka, dan 2.7K ciap semula di laman Twitter.
Sumber: Twitter @ArepAshari