Kontinjen negara hampiri sasaran 36 emas

Kontinjen negara hampiri sasaran 36 emas

KONTINJEN negara hampir mencapai sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA Hanoi 2021 apabila Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mencatatkan kejutan memenangi pingat emas dalam acara 10 meter (m) air pistol wanita, di Lapang Sasar Nasional Hanoi, petang Jumaat.

Pingat emas diraih Nurul Syasya Nadiah itu merupakan pingat emas ke-35 itu diraih hasil kecemerlangannya mengungguli acara berkenaan.

Pada acara berkenaan, Nurul Syasya Nadiah mencatatkan 239.3 bagi menewaskan penembak Olimpik dari Thailand, Tanyaporn Prucksakorn.

Kejayaan Nurul Syasya Nadiah itu sekali gus menyaksikan Prucksakorn terpaksa berpuas hati meraih perak manakala penembak Vietnam, Trinh Thu Vinh meraih gangsa.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Scroll to Top