Gadis takut hingga menggigil, pemandu E-hailing tiba2 naik angin marahkan orang lain

Gadis takut hingga menggigil, pemandu E-hailing tiba2 naik angin marahkan orang lain

Bagi pengguna perkhidmatan E-hailing pasti mempunyai pengalaman tersendiri bila berhadapan dengan bermacam ragam pemandu.

Ada di antara mereka lebih selesa berdiam diri dan ada juga yang suka berborak santai bagi menghilangkan bosan penumpang.

Namun, berbeza dengan pengalaman seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ezzatyzaludin_ apabila terpaksa berdepan dengan situasi sangat menjengkelkan hingga dia mengalami fobia tersendiri setelah pemandu E-hailing yang dinaiki mengamuk secara tiba-tiba.

Menerusi video yang dikonsikan, pemandu tersebut seperti meluahkan rasa marah dengan penumpang sebelumnya dan pelbagai kata-kata kesat dilemparkan.

@ezzatyzaludin_

bad experience for me 🙂 girls please berhati -|| lepas ni #maximmalaysia #kuantan #fyp #awareness #fypage *part2 nanti kita sambung

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Pengguna Tiktok yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian sebelum itu berasa sangat takut serta tidak selesa kerana pemandu lelaki tersebut menggunakan intonasi keras seperti memarahinya.

Dalam video tersebut juga, pemandu itu seperti meluahkan kekesalannya dengan seorang pelanggan wanita yang membatalkan pesanan ketika dia sudah sampai ke lokasi.

@ezzatyzaludin_

Reply to @eloo.az this for part2 🙃#maximmalaysia #kuantan #fyp #fypage

♬ original sound – totiiscarf_ – totiiscarf_

Jelas @@ezzatyzaludin_ lagi, dia berasa begitu tertekan sehingga bergenang air mata kerana takut dengan kejadian yang dialaminya.

Segala sumpah seranah dikeluarkan kepada penumpang golongan wanita tanpa dia sedari penumpang yang dia bawa adalah seorang perempuan.

@ezzatyzaludin_

sorry korang this last part okay , takecare semua 🙂 #maximmalaysia #kuantan #fypage #fyp

♬ original sound – totiiscarf_ – totiiscarf_

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata berasa geram dengan tindakan pemandu E-hailing tersebut dan berpendapat bahawa tindakannya sangat tidak patut.

Ada juga yang menyarankan supaya gadis itu membuat laporan polis memandangkan ketika itu keselamatannya sebagai seorang perempuan turut terganggu apabila beberapa kata-kata kesat serta ugutan turut didengar menerusi video tersebut.

 

Sumber: TikTok @ezzatyzaludin_

Scroll to Top