“Jadi, kami (kementerian) amat prihatin menitikberatkan langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka menghadapi musim cuaca seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas selesai menerima suntikan vaksinasi COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian, di sin,i hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung langkah yang akan diambil kerajaan untuk membantu pemain sektor komoditi negara dalam mendepani musim panas yang mungkin menjejaskan pengeluaran hasil komoditi.
Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata, bagi sektor getah, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi subsidi agar harga komoditi tersebut tidak kurang daripada harga lantai iaitu RM2.50 sekilogram.




