Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Ysuku kepada seorang ibu muda yang bekerja sebagai Foodpanda Walker bagi memudahkan urusannya untuk menjalankan pekerjaannya.
Wanita yang dikenali sebagai Emy, 23 itu dimaklumkan merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang cahaya mata. Dia juga dikatakan telah berpisah dengan suaminya dan tinggal berdua dengan anak sambil menjadi pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.
Namun begitu, menerusi ruangan komen posting yang dibuat oleh Ebit Lew di Instagram, seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy menyatakan yang mereka belum lagi berpisah dan masih dalam proses mahkamah.
Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri belum berpisah dan masih lagi saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.

Ujarnya, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan ini dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka.
Jadi, dia berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka.
Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda.
Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.


Sumber: Instagram Ebit Lew





