Pelbagai kerenah rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada hari ini. Ada yang memakai kostum-kostum menarik dan ada juga yang bergaya dengan pakaian tradisional.
Walau apa pun gelagatnya, mereka semua harus dipuji kerana keluar mengundi untuk masa depan negara.
Namun, satu video seorang lelaki sedang membuang undi yang berjaya dirakam telah mendapat perhatian ramai kerana dia seolah-olah sedang memikir keras untuk memangkah calon yang ada di kertas undi.
Perkongsian yang dibuat oleh @eypul0308 telah membuatkan netizen berdekah kerana masing-masing telah membuat andaian sendiri tentang gelagat lelaki itu.
@eypul0308 #malaysiamemilih #pru15 pening xthu nk ❌ mana😆
Dengan mengangkat kaki dan bergoyang-goyang, lelaki tersebut kelihatan begitu tekun memangkah dan tidak menghiraukan orang sekeliling.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai komen lucu daripada netizen. Ada di antara mereka berseloroh mengatakan yang mungkin lelaki itu sedang menjawab soalan peperiksaan dan ada juga mengatakan yang dia terlupa bawa kalkulator.







Sumber: TikTok @eypul0308




