ORANG yang bijak adalah mereka yang mengingati mati dan membuat persiapan untuk menghadapi kematian.
Lumrah kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Bertemu Allah S.W.T.
Semalam, saya menunaikan solat jenazah ke atas Almarhum Tuan Haji Arshad Hasan di Masjid Alor Pongsu.
Almarhum Haji Arshad merupakan bekas imam di masjid ini. Almarhum telah meninggal dunia pada malam kelmarin disebabkan oleh sakit tua.
Sebak saya melihat begitu ramai yang hadir menunaikan solat jenazah ke atas beliau.
Seusai solat fardu Zohor di Masjid Air Hitam, saya menunaikan solat jenazah ke atas Almarhum Encik Hassan bin Kadir.
Minggu lepas, kami baru sahaja bertemu. Saya menziarahi beliau yang uzur pada ketika itu bersama-sama Acu Halim.
Walaupun dalam keadaan uzur, beliau seronok meraikan kehadiran kami ke rumahnya.
Antara individu kuat dalam PAS semasa hayatnya. Allahurabbi.
Rupa-rupanya itulah kali pertama dan terakhir kami bertemu. Allahu Akbar.
Saya menitipkan doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Salam takziah saya zahirkan buat seluruh keluarga atas pemergian keluarga tercinta.
Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas ujian menimpa. Sayang Sabarataan.
USTAZ IDRIS AHMAD – HARAKAHDAILY 8/2/2023
Advertisement







