Tiada erti Aidilftiri tanpa ayah – Yana Najib

Tiada erti Aidilftiri tanpa ayah – Yana Najib

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini amat suram dan tidak bererti tanpa kehadiran bapa tersayang.

Malah Nooryana Najwa Najib mengaku beliau amat sedih mengenangkan bapanya bersendirian menyambut Syawal di dalam penjara kali ini.

“Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat kami sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi. Yana rindu untuk berkumpul bersama keluarga meraikan hari raya dengan cukup meriah.

“Hari raya kali ini tiada erti buat kami sekeluarga kerana selalunya ayah sentiasa berada di sisi kami.

“Yana amat terkesan apa yang berlaku tehadap ayah sehingga beliau terpaksa beraya keseorangan di penjara,” tulisnya di akaun Instagram.

Beliau turut berkongsikan video kenangan bersama ayahnya sebelum ini.

Beliau turut berharap dapat bertemu dengan ayahnya di Aidilfitri pertama hari ini.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta kepada Najib selepas didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).-MalaysiaGazette

Scroll to Top