Ipoh: Perak FC II gagal memanfaatkan kelebihan tempat sendiri apabila tewas 0-3 kepada Sarawak United dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, petang tadi.
Aksi babak pertama menyaksikan Sarawak United lebih mendominasi permainan dengan mencipta beberapa peluang dan pelawat membuka tirai jaringan menerusi penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-35 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.
Skuad tuan rumah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-62 namun sepakan percuma menarik Sergio Aguero sekadar menggegar palang gol.
Jaringan kedua pelawat diperoleh menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Uche Agba pada minit 75.
Ketika permainan berbaki tujuh minit, Agba sekali lagi menggegar gawang untuk gol ketiga Sarawak United sekaligus melengkapkan derita tuan rumah.




