Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr, kembali ke Madrid

Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr, kembali ke Madrid

LONDON – Jodoh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr dijangka tidak panjang apabila dia dilaporkan membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi itu tidak lama lagi.

DailyPost melaporkan, ini kerana Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan penyerang antarabangsa Portugal itu sebagai duta di kelab lamanya itu.

Januari lalu, Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi selepas tidak sebulu dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo berhasrat untuk kembali ke Bernabeu namun mendapat halangan daripada Perez.

Namun, dia kini ditawarkan kembali ke kelab itu namun bukan sebagai pemain.

Sebaliknya, laporan itu mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut. – MalaysiaGazette

Scroll to Top