Tenang Dengan Senyuman Tak Perlu Berebut, Nazim Othman Akhirnya Dapat Cium Hajarul Aswad! – Hijabista

Tenang Dengan Senyuman Tak Perlu Berebut, Nazim Othman Akhirnya Dapat Cium Hajarul Aswad! – Hijabista

Mereka yang dijemput menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah pasti mendambakan untuk dikurniakan rezeki untuk mencium Hajarul Aswad.

Hajarul Aswad merupakan antara mukjizat Allah yang istimewa apabila, batu dari syurga itu diletakkan di sudut timur pada bahagian luar Ka’bah. Walaupun ketika melaksanakan ibadah tawaf atau sewaktu mengelilingi Ka’bah, rata-rata jemaah haji atau umrah pastinya berkesempatan untuk melihat Hajarul Aswad meski dari jarak jauh sahaja.

Namun, tak semua tetamu Allah dikurniakan rezeki untuk mendekati apatah lagi menyentuh dan mencium Hajarul Aswad. Selalunya, jemaah yang mempunyai keinginan mencium Hajarul Aswad perlu berusaha dan bergelut dengan jemaah lain yang juga mempunyai tujuan sama, kerana ibadah tawaf dilaksanakan secara berjemaah.

Hanya Berbekalkan Senyuman, Allah Rezekikan Nazim Kucup Hajarul Aswad

@nazothSalam Aildilfitri dari kota Mekah… maaf zahir dan batin 💫

♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Tetapi lain pula dengan apa yang dialami oleh aktor kacak, Nazim Othman apabila baru-baru ini tular di laman Tik Tok video detik-detik indah memaparkan Nazim yang berada di tengah-tengah kesesakan ribuan jemaah di hadapan Kaabah dan sedang berusaha mendekati Hajar Aswad hanya dengan berbekalkan senyuman dan begitu bersahaja mengucup batu syurga itu.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat riak wajah bahagia terpapar diwajah Nazim. Dirinya kelihatan begitu berpuas hati dan tersenyum usai mengucup batu itu biarpun sedang berada dalam asakkan orang ramai.

Apa Agaknya Amalan Yang Sering Dilakukan Nazim?

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata warganet menzahirkan rasa kagum melihat momen berkenaan, hingga perkongsian tersebut di banjiri pelbagai respons di kalangan peminat.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka selepas melihat kegigihan pelakon itu untuk mengecapi momen yang diimpikan oleh setiap umat Islam itu.

Ada juga yang ingin mengetahui apakah amalan atau kebaikkan yang sering dilakukan Nazim sehingga diberi rezeki sedemikian serta dipermudahkan segala urusan di sana.

Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!

Sekadar info, adalah sangat istimewa jika jemaah yang menunaikan ibadah Haji dan Umrah berkesempatan menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.

Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping batu yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Menurut, sumber batu hitam itu kini sudah licin kerana sering di kucup, dicium dan diusap oleh ribuan manusia sejak zaman Nabi Ibrahim a.s lagi.

Sumber: TikTok Nazim Othman

Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Menangis Terharu, Hujan ‘Rahmat’ Sambut Ketibaannya Di Mekah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Scroll to Top