Cheong Min kota janji hadiahkan emas buat negara

Cheong Min kota janji hadiahkan emas buat negara

k.rajan@nst.com.my

Phnom Penh: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min merealisasikan impiannya untuk menghadiahkan emas buat negara di temasya Sukan Sea Kemboja.

Cheong Min yang juga juara dunia itu merangkul pingat emas dalam acara Nanquan wanita selepas mengumpul 9.626 mata di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Nyata pengalamannya beraksi dipentas dunia sukar digugat peserta lain di temasya dwi tahunan itu yang menyaksikan pingat perak diraih Tasya Ayu Puspa Dewi dari Indonesia mendapat perak dengan 9.593 mata, manakala Myanmar Aye Thitsar Myint memenangi gangsa dengan 9.143 mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top