Kehadiran deretan artis Malaysia di sebuah ‘event’ fesyen telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing bergaya dengan busana yang agak membuatkan ramai terkejut.
Mana tidaknya, kebanyakan selebriti yang hadir merupakan umat Islam dan pakaian yang digayakan langsung tidak mengambarkan ciri-ciri seorang Muslimah.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, deretan artis wanita beragama Islam berani tampil dengan busana yang agak terdedah walaupun ada diantaranya menggunakan material seakan-akan warna kulit.
@ehmalaysia Mugler H&M dilancarkan hari ini! #ehmalaysia #mugler
Menjengah ke ruangan komen TikTok berkenaan, ramai yang kurang senang dengan pemakaian mereka. Rata-rata merasakan penampilan deretan artis terbabit agak keterlaluan dan memberi gambaran kurang baik sebagai seorang Muslimah.
Walau bagaimanapun, ada juga yang bersangka baik mungkin mereka kurang selesa dengan cuaca panas dan juga warna material yang digunakan menghampiri warna kulit sehingga terlihat seperti mendedahkan aurat.






Apa-apa pun, boleh jadi mereka sekadar mengikuti tema ‘event’ fesyen tersebut dan memilih busana yang bersesuai dengan konsep diketengahkan.
Sumber: TikTok

