Kelahiran anak kedua Emma Maembong yang dikongsikan pelakon itu semalam di media sosial telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan rapat dan juga para peminat.
Dia juga telah mendedahkan wajah dan nama anak keduanya kepada umum serta berkongsi video sewaktu membawa anak sulungnya, Shariq Gabriel bertemu adik tersayang.
Menerusi video terbabit, ramai yang sebak melihat momen kali pertama Shariq bertemu dengan Syakil Aryan Shah apabila dia tersenyum bahagia melihat bayi berkenaan.
Shariq yang sudah berusia 3 tahun dilihat menyentuh wajah adiknya sebelum mencuba untuk mencium dan tersenyum melihat Syakil yang masih terlena.
Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar juga seperti terharu memandang reaksi akan sulung mereka yang kali pertama melihat adiknya.

Menjengah ke ruangan Instagram pelakon tersebut, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat momen berkenaan kerana terharu dengan sikap anak sulung Emma.
Mereka juga turut memuji tindakan Emma dan suami yang menjaga hati Shariq yang baru mendapat seorang lagi adik.





Sumber: Instagram Emma Maembong
