IPOH: Sarawak United enggan mendabik dada biarpun mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Perak FC II di Stadium Perak semalam, sekali gus merakam kemenangan kedua dalam kancah Liga Perdana 2021.
Pengendali Sarawak, E. Elavarasan tidak menerima anak buahnya dikaitkan dengan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) .
“Tolong jangan samakan kami dengan JDT. Kami Sarawak United bukan JDT,” katanya apabila diajukan pandangan bahawa Sarawak ibarat JDT Liga Perdana semasa sidang media selepas perlawanan dengan Perak FC II di Ipoh, petang kelmarin.
Pelawat menang 3-0 untuk merekod kemenangan kedua dalam kancah Liga Perdana 2021 setakat ini.
Ini berikutan himpunan pemain ternama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, S Chanturu, D Christie Jeyaseelan, Tommy Mawat Bada Sandro Da Silva membuat umum menganggap Sarawak pasukan bintang musim ini
Elavarasan berkata dia agak bimbang untuk menghadapi perlawanan ini kerana dimainkan pada sebelah petang.
“Kami biasa bermain sebelah malam di mana suhunya rendah sedikit.
“Kebimbangan saya juga kerana Perak menurunkan pemain muda dan berjaya menutup ruang.
“Tuan rumah mula memberi masalah kepada kami selepas Sergio Aguero dimasukkan pada separuh masa kedua,” kata Elavarasan lagi.
“Apapun jurulatih berpengslaman itu memuji persembahan anak duduk yang setakat bermsin baik dalam kedua-dua perlawanan mereka.
Apa yang sayavharaokan iakah mereka konsisten dalam setiap perlawanan,” katanya.




