Alya Iman label platform Threads ruangan paling toksik – “Mereka macam tiada agama”

Alya Iman label platform Threads ruangan paling toksik – “Mereka macam tiada agama”

Pelakon Alya Iman menjelaskan sebab utama tidak aktif di platform Thread kerana menganggap ia sebagai ruang media sosial paling toksik berbanding yang lain.

Ruangan paling toksik

Screenshot

Memetik laporan HibGlam, menurut Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil, 25, persepsi itu timbul selepas dia meneliti komen serta ulasan netizen terhadap pelbagai isu yang disifatkan terlalu berlebihan.

“Antara media sosial yang ada hari ini, saya paling benci Threads sebab sangat toksik berbanding media sosial lain lain. Saya sangat benci Threads.
“Bila buka, baca komen netizen, mereka ini ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan.
“Jadi, saya memilih untuk tidak aktif aplikasi tersebut,” katanya, baru-baru ini.

Mengakui sering menjadi sasaran kecaman, Alya kini mengambil keputusan untuk tidak lagi membaca komen negatif demi menjaga kesihatan mentalnya.

Screenshot

“Dulu memang saya ada baca komen-komen netizen sehingga menganggu fikiran saya namun saya tidak lai melakukannya.
“Hari ini, media sosial sangat menakutkan dan kita sediri tidak boleh nak kawal apa yang netizen nak cakap,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia turut mendedahkan masih berdepan gangguan seksual di media sosial, termasuk menerima gambar tidak senonoh daripada individu tidak dikenali.

Bagaimanapun, Alya memilih untuk tidak melayan mesej sedemikian, walaupun mengakui ada ketika timbul rasa takut.

Screenshot

“Ramai yang ganggu dan sejujurnya sangat menakutkan. Mereka hantar gambar pelik-pelik kepada saya.
“Disebabkan itu jugalah, saya tidak terlalu kerap berkongsi tentang kehidupan dalam media sosial sebab sangat takut dengan manusia sekarang,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pengurusan nafi Alya Iman punca pasangan artis bercerai – “Tak benar, fitnah..”

Sebelum ini, nama Alya sering menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan pelbagai kecaman netizen, termasuk tuduhan sebagai penyondol rumah tangga orang.

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)

Scroll to Top