KUALA LUMPUR – Para peminat aktor India, Yash teruja dengan kehadiran pelakon filem aksi itu yang akan membuat penampilan khas pada majlis pembukaan kedai emas yang ke-2, MS Gold milik Malik Streams Corporation pada 8 Julai ini.
Yash atau nama sebenarnya Naveen Kumar Gowda yang memulakan karier sebagai pelakon India sekitar 2004 menempa nama besar melalui filem KGF Chapter 1 sekitar 2018.
Bukan sahaja kedatangan buat julung kali Yash ke Malaysia dinantikan ratusan ribu peminatnya tetapi pembukaan premis baharu MS Gold juga dinanti-nantikan oleh penggemar emas di negara ini.
Pembukaan MS Gold yang ke-2 ini merupakan pencapaian terbaik Malik Streams yang pengasasnya, Abdul Malik Dasthigeer yang baharu sahaja membuka kedai emas pertama sekitar April tahun ini.
Abdul Malik berterima kasih dengan pelanggan yang merupakan penyokong utama sehingga MS Gold mencapai kejayaan dalam tempoh singkat.
“Ini sungguh bermakna, pembukaan rangkaian kedua MS Gold ini kerana itu jugalah saya bawakan Yash kepada semua. Saya sendiri antara peminat tegar beliau.
“Nantikan kehadiran Yash anda, pastinya bergegar. Kepada peminat emas, kami di MS janjikan tawaran terbaik, hadiah dan diskaun menarik sehingga 70 peratus,” katanya.

Terbaharu, pelanggan yang membuat pembelian emas bernilai melebihi RM5,000 akan menerima sebuah rantai perak sebagai hadiah percuma manakala pelanggan yang membeli berlian akan mendapat hadiah sebatang syiling emas seberat satu gram secara percuma.
Promosi turut menyediakan diskaun sebanyak 70 peratus bagi upah kerja di semua item emas yang dibeli.
MS Gold rangkaian kedua ini juga terletak di Jalan Masjid India dan semua promosi istimewa ini akan bermula 8 Julai ini. -MalaysiaGazette




