mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 43 kemalangan maut membabitkan 48 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Lancar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sejak Rabu hingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, sebanyak 4,491 kes kemalangan direkodkan sepanjang tiga hari pelaksanaan Op Lancar itu.
Menurutnya, motosikal mencatatkan kemalangan maut tertinggi membabitkan 29 penunggang serta dua pembonceng, kereta (11), dua penunggang basikal dan pejalan kaki; masing-masing seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Pengguna jalan raya supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.
“Warga kerja JSPT di seluruh negara akan memantau lokasi kesesakan di negeri masing masing,” katanya.
Op Lancar ini dilaksanakan selama lima hari sehingga Ahad berperanan bagi memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan akan berlaku kesesakan yang melampau.
© New Straits Times Press (M) Bhd
