Bukan Melayu sertai pertandingan pakai serban

Bukan Melayu sertai pertandingan pakai serban

KOTA BHARU: Seorang lelaki Tionghoa menjadi individu tunggal bukan Melayu yang menyertai pertandingan memakai ‘semutar’ atau serban menggunakan kain batik lepas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Soh Seng Huat, 50, berkata, dia mengambil keputusan menyertai pertandingan itu selepas tertarik dengan pemakaian tradisi masyarakat Melayu di kawasan kampung selain perasaan ingin mencuba.

Menurutnya, walaupun kali pertama mencuba, dia hanya mengambil masa seminit me­nyiapkan pemakaian itu.

“Walaupun tidak terpilih sebagai pemenang, saya gembira dapat mencuba budaya orang Melayu Kelantan.

“Bagi saya secara tidak langsung dapat memupuk sema­ngat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Kelantan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seng Huat memberitahu, dia berharap pertandingan itu dapat terus dianjurkan lebih kerap selepas ini.

Katanya, pertandingan itu dapat menjadi platform me­ngukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat di Kelantan.

Seorang lagi peserta yang mahu dikenali sebagai Adnan, 50-an, berkata, pemakaian semutar perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, pemakaian itu me­rupakan lambang jati diri dan kebanggaan masyarakat Melayu Kelantan. – UTUSAN

Scroll to Top