Pemuda India tarik perhatian, nyanyi lagu nasyid siap hafal lirik!

Pemuda India tarik perhatian, nyanyi lagu nasyid siap hafal lirik!

Biasanya lagu nasyid sangat sinonim dengan masyarakat Melayu ataupun muslim kerana berkait rapat dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T dan Rasulullah.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang lelaki berbangsa India di TikTok, dia telah menunjukkan kemahirannya dalam menghafal lagu-lagu nasyid yang membuatkan ramai kagum.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Jay Thirackumar telah berkongsi video menyanyikan lagu Intifada dendangan kumpulan Rabbani di dalam kereta.

Dia memaklumkan lagu tersebut merupakan lagu wajib ketika berkaraoke dan rakan-rakan berbangsa Melayu hanya ‘perati’ sahaja jika dia menyanyi lagu-lagu nasyid.

@vijayvcn5190

Dari dulu sampai skrg ni la lagu wajib aku kalo g karok. Membe² melayu aku perati je😂. Elok smua joget² smpai lagu nk trus snyap smua🤣 #fyp #fypシ #intifada #rabbani #penggemarnasyid

♬ original sound – Jay Thirackumar – Jay Thirackumar

Tak hanya itu, Jay Thirackumar juga sempat ‘membelanja’ pengikut di akaun TikTok miliknya lagu dendangan dari kumpulan Hijjaz bertajuk Rasulullah sehingga mendapat banyak pujian.

@vijayvcn5190

Replying to @nranakhrn RASULULLAH – Hijjaz☺️ #hijjaz #nasyidmalaysia #fyp #fypシ

♬ original sound – Jay Thirackumar – Jay Thirackumar

Dalam pada itu, dia juga sempat menjawab beberapa komen yang memintanya menyanyikan lagu nasyid lain seperti Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani.

Apa yang menarik, dia menyatakan yang lagu tersebut adalah lagu pertama yang dihafalnya iaitu pada 2006.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji nyanyian pemuda terbabit kerana berjaya menghafal lagu-lagu yang sinonim dengan agama Islam.

Mereka juga mengakui sebak mendengar nyanyian tersebut kerana terkenangkan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

 

Sumber: TikTok Jay Thirackumar

 

Scroll to Top