“Lelaki memang tak boleh ada duit, mudah gelabah tengok perempuan”-Kak KM

“Lelaki memang tak boleh ada duit, mudah gelabah tengok perempuan”-Kak KM

Usahawan jamu sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tampil memberi pandangan peribadi mengenai isu panas seorang pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkongsi video memujuk isteri pertama tiga jam sebelum berkahwin lagi.

Mengulas isu terbabit, Kak KM berkata, lelaki yang memperoleh kekayaan akan mudah mencari wanita lain kerana mereka merasakan sudah berkemampuan dan memiliki segala-galanya.

“Tetapi, apa yang boleh kita rumuskan di sini, sebenarnya lelaki tidak boleh ada duit.
“Bila ada duit saja, kau menggelabah tengok perempuan. Padahal sebelum ini dia (Abang Tesla) buat kenyataan, kita kena setia pada yang satu,”ujarnya.

Kenyataan yang dilontarkan oleh influencer mengenai “Ustaz cakap isteri pertama untuk dihargaiisteri kedua untuk dicintai” kerana ia menggoris banyak hati para wanita termasuk dirinya yang tidak suka akan ungkapan tersebut.

“Memang tak salah kahwin dua. Tapi cara dia tu cakap isteri pertama dihargai, kedua dicintai Bengang jugalah sebab kita perempuan. Mentang-mentanglah kau ada kuota empat, ikut suka hati kaulah…
“Janganlah cakap tak serupa bikin bang. Bencilah, tak sukalah aku. Memang semua lelaki tak boleh ada duitlah,”luahnya.
@sweetdara.klsetapak

Korang mntk pandangan kak km kan, haa ni makan die !! Lelaki mmg tak boleh ada duit cte die !! #abgtesla #kakkmbukanbiasa2 #kakkmtaktumpangpopularitiorglain

♬ original sound – SWEETDARA KAK KM – SWEETDARA KAK KM

Sementara itu, Kak KM berkata, dia terpanggil untuk memberi ulasan mengenai isu tersebut selepas diminta oleh seorang pengikut dan mula mengikuti kisah lelaki itu.

Rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan peribadi yang dilontarkan oleh Kak KM dan mengatakan mereka sering menghabiskan duit lelaki bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini (poligami).

Sumber: TikTok @sweetdara.klsetapak

Scroll to Top