Nippon Paint perkenal revolusi cat dinding luar rumah atasi cuaca ekstrem

Nippon Paint perkenal revolusi cat dinding luar rumah atasi cuaca ekstrem

BAGI melindungi dinding luar rumah daripada cuaca yang tidak menentu, Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan siri Weatherbond® yang diperbaharui merangkumi produk Weatherbond®, Weatherbond® Hi-Gloss, Weatherbond® Solareflect Extreme dan Weatherbond® Ultimate.

Dirumus khas dengan teknologi Kuarza, siri Weatherbond® dapat melindungi dinding luaran rumah sehingga 15 tahun daripada cuaca ekstrem yang menyebabkan warna dinding pudar, berkapur dan rosak.

Siri Weatherbond® ini dapat mengekalkan kecantikan warna dinding luaran rumah serta memberikan daya ketahanan yang hebat.

Pengarah Urusan Kumpulan NPM, Yaw Seng Heng berkata perubahan iklim boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan luar dinding seperti pengelupasan cat, perubahan warna dan masalah kotoran dinding yang menjejaskan bangunan.

Perkara ini merunsingkan pemilik rumah serta pengurus hartanah kerana ia memberi kesan ketara terhadap nilai estetik dan ketahanan sesebuah bangunan sekali gus mempengaruhi nilai hartanah akibat kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Kami faham bahawa penjagaan sesebuah rumah atau bangunan menelan kos yang tinggi, terutamanya ketika berhadapan dengan inflasi.

“Oleh itu, pemilik rumah harus mencari solusi yang menjimatkan agar mereka dapat mengekalkan kecantikan dan ketahanan permukaan cat dinding luar sehingga 15 tahun,” kata Yaw.

Nippon Paint perkenal revolusi cat dinding luar rumah atasi cuaca ekstrem

Siri Weatherbond® mempunyai kemampuan luar biasa termasuk teknologi Sunblock yang penting dalam mengurangkan suhu permukaan.

Walaupun dalam cuaca panas yang melampau, suhu perbezaan dinding luaran rumah sejuk sehingga lima darjah celsius serta mampu melindungi dinding dua kali ganda daripada sinaran UV.

Siri Weatherbond® dilengkapi teknologi Colour Care bagi memastikan warna dinding berkekalan, serta teknologi Microblock yang dapat menghalang dinding daripada pertumbuhan kulat, alga dan kotoran melekat.

Manakala, teknologi Keep Clean pula dapat menghalang kotoran, bahan alkali, dan pembentukan peroi seterusnya mengekalkan penampilan yang bersih dan terjaga.

Selain itu, siri ini juga memperkenalkan Weatherbond® Ultimate merangkumi produk Ultra-Premium dengan teknologi Fibra yang mengukuhkan lagi filem cat, memberi perlindungan daripada keretakan, pengelupasan dan kerosakan.

Dengan gabungan penyediaan dinding yang betul, sistem salutan cat yang tepat dan penggunaan cat asas (sealer) 8100 Weatherbond Sealer, penjagaan dinding luar rumah akan mencapai tahap terbaik untuk tempoh masa yang panjang.

Hadir dalam pelbagai warna-warna trendy, produk ini memberikan jaminan dan keyakinan kepada semua untuk mengecat dinding luaran mereka sekali gus memberikan ketenangan fikiran sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut, layari https://nipponpaint.com.my/weatherbond-quartz-technology-series.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top