KUALA LUMPUR – Anak kepada pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi mengaku salah berkaitan tuduhan beliau ‘menyondol’ suami orang yang tular baru-baru ini.
Dalam hantaran di laman Instagram, Marissa Dania, 18, juga meminta orang ramai tidak menyalahkan ibu-bapanya atas apa yang berlaku kerana mereka telah memberi didikan yang sebaik-baiknya.
Marissa berkata, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang terjadi, namun katanya, tidak semua yang tular di media sosial dan hangat diperkatakan oleh netizen adalah benar.
“Saya mengaku saya salah. Aya yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, ada juga yang tidak benar but I’m not here to defend myself to say that I’m innocent in certain parts,” katanya sambil menambah adalah tidak adil untuk mendengar sebelah kerana ia bukan seratus peratus betul.
Mengulas lanjut, Marissa berkata, mungkin terlalu banyak andaian antara dia dan Aslam, oleh itu cukuplah hanya mereka berdua tahu apa yang sebenarnya terjadi dari mula hingga akhir.
“Antara saya dan pihak yang mengviralkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka. Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan perceraian berlaku,” katanya.
Marissa berkata, tujuannya membuat hantaran tersebut juga adalah untuk memaklumkan bahawa dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mempertahankan dirinya mahu pun memuaskan hati mana-mana pihak.
Marissa juga menafikan dakwaan dia dan Aslam meraikan sesuatu selepas lelaki tersebut dan bekas isterinya pulang dari mahkamah seperti yang didakwa Umisya di laman Twitter.
“Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkata tidak benar yang diviralkan.
“Everyone will have different opinions on certain things, tetapi jangan lupa bahawa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya,” katanya.
Baru-baru ini tular pendedahan seorang isteri yang dikenali sebagai Misya mendakwa suaminya, Aslam menjalin hubungan dengan anak kepada pasangan selebriti yang baru berusia 18 tahun. – MalaysiaGazette

