Sebelum ini, tular sebuah video eksperimen sosial yang dilakukan oleh seorang pempengaruh media sosial, Zach yang memakai terompah merah ketika membuat konten.
Boss baru Ah Huat belanja!
Dalam hantaran tular, Zach ‘menyamar’ dengan meminta bantuan daripada seorang wanita untuk menambah sedikit duit bagi mencukupi jumlah harga satu paket Kopi Putih Ah Huat untuk neneknya.
Bagaimanapun, tindakan Zack membayar semua barangan di dalam troli milik wanita berkenaan sebagai tanda ucapan terima kasih berjaya menyentuh hati warganet.
“Kopi Putih ini, bos baru Ah Huat yang belanja,”ujar Zach.
@zacharychiah Mula2 makcik ingat saya scammer, tp tiba2…😭 #zacharychiah #iamzach #kindness #malaysia
Sean Lean, rupanya bos Ah Huat pemurah
Kini, terbongkar siapakah Bos Ah Huat yang kacak lagi bermurah hati belanja semua barangan di dalam troli wanita bertuah tersebut. Haaa, nak tahu siapakah gerangannya?
Tak sangka, pelakon dan pengacara, Sean Lee atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern diumumkan sebagai Bos Baru Ah Huat! Wahhhh.. Memang pemurah betul ye Sean Lee.Macam tak percaya ye, dalam diam-diam. Memang hebatlah!
Sering disangka berbangsa Melayu, Bos Sean Lee kini mewarisi perniagaan kopi putih lagenda, Ah Huat yang telah pun bertapak di Malaysia sejak 1952 lagi.

Ah Huat, kopi paling ngam! Rasa seperti minuman kayangan
Apa yang lagi best dan korang perlu tahu, aromatik setiap kopi Ah Huat sangatlah menusuk hidung dan boleh wangi segenap ruang.
Setiap hirupan seolah-olah rasa seperti kopi kisar yang perlu ditapis serbuk sebelum diminum dan memang ‘ngam giler’ dengan tekak. Terimbau sekejap kenangan zaman kanak-kanak selalu ikut mak ayah pergi ke kedai kopi dan setiap bancuhan penuh rasa kasih sayang yang tidak dapat dijual beli.
Setiap kopi keluaran Ah Huat juga mudah didapati di mana-mana pasaraya, mahupun kedai runcit sekalipun kerana harganya sekitar RM13 hingga RM15 mengikut jenis citarasa korang. Paling penting sekali, setiap bancuhan memang seperti sedang minum kopi ‘level kayangan’.
Jimat duit poket, rasa kopi sentiasa padu!
Status dijamin halal!
Paling penting sekali, setiap produk keluaran seperti Ah Huat Kopi O Kosong, Ah Huat Hainan Tea, Ah Huat White Coffeee Hazelnut, Ah Huat Kopitiam Kopi C dan Ah Huat Kopitiam Charcoal Roast Coffee mempunyai status halal.
Hilang rasa penat bersama Ah Huat Charcoal Roast Coffee
Sepadan dengan tagline ‘Kaw Terpaling Ngam’, setiap hirupan Ah Huat Charcoal Roast Coffee seakan menggambarkan perasaan dan makna sebenar kesedapan kopi bersama aura positif!
Satu hirupan sahaja boleh memberikan ketenangan buat si peminum daripada dibelenggui tekanan kerja yang tidak pernah berkesudahan. Lebih-lebih lagi ia dihasilkan daripada biji kopi berkualiti premium yang dipanggang di atas api arang terbuka.
Malah, ia juga dibuat dengan gabungan pengeringan beku, microground dan perahan sempurna bagi memastikan rasa kopi kekal unik selain aroma yang dapat membangkitkan semangat seseorang.

Selain itu, Ah Huat White Coffee Hazelnut antara menjadi pilihan ramai dengan kehadiran gula tebu, kacang Hazel dan kopi putih pracampuran yang kaya dengan lemak berkrim.
Pendek cerita, paling top dengan kombinasi sempurna bagi menghasilkan sebuah kopi putih berkualiti premium dari biji kopi Arabika dan aroma yang mengasyikkan sepadan dengan nilai pegangan Bro Huat — kurang manis, bau menyenangkan dan dekat dengan pencinta kopi.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom nikmati kehebatan kopi putih pracampuran berkualiti premium dengan harga mampu milik bersama orang tersayang!
Kunjungi kedai berhampiran rumah atau boleh dapatkan ia secara atas talian sahaja iaitu menerusi platform Shopee dan Lazada.
Korang juga boleh follow media sosial rasmi Ah Huat Facebook dan Instagram untuk mengetahui update terkini kempen dan juga produk-produk baru dari jenama Kopi Putih Ah Huat.




