‘Siapa pun tak sangka kami menang’ – Segrt

‘Siapa pun tak sangka kami menang’ – Segrt

PENGENDALI Tajikistan, Petar Segrt percaya tiada siapa yang akan menyangka pasukannya mampu memenangi kejohanan Pestabola Merdeka menewaskan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan tersebut.

“Sesiapa pun tidak menyangka kami akan menang dan kami berhak menang perlawanan.

“Kami bermain tersusun dan berdisiplin sepanjang perlawanan. Ini kejayaan berpasukan dan bukan hasil seorang sahaja,” katanya semasa sidang akhbar selepas perlawanan.

Scroll to Top